Saturday 19 May 2012

Sinopsis

Kisah 5 sahabat Sam, Biey, Arman, Zarra, dan Haziq terpaksa pulang ke kampus pada cuti semester untuk siapkan tugasan terakhir mereka sebelum mereka tamat belajar. Tugasan yang mereka lakukan di Bilik Karah itu adalah persetujuan daripada mereka sendiri. Mereka berlima menyiapkan tugasan hingga larut malam. Sewaktu membuat tugasan itu pelbagai gangguan misteri mereka alami seperti penampakan kelibat wanita yang mati lemas yang pernah menjadi sejarah di UiTM Dungun pada 80an, kesan bunyi tapak kaki dan banyak lagi. Gangguan misteri tersebut adalah kisah benar yang kami ambil dari pelajar pelajar UiTM Dungun yang pernah diganggu di kawasan KaraH itu. Persoalannya, apakah gangguan itu benar benar berlaku atau hanya cerita kosong? Apa terjadi kepada lima sahabat itu? Apa kesudahan cerita KaraH? Nantikan filem KaraH...

No comments:

Post a Comment