Tuesday 5 June 2012

Tuesday 22 May 2012

Trailer !

Trailer Filem
KARAH

Barisan Utama

Roshabieba Ramliey

Biey - Seorang gadis yang sangat mementingkan kerja dan seorang ketua kumpulan yang tegas. Dalam masa yang sama, dia tidak mempercayai benda-benda karut dan makhluk halus. Panas baran dan sering menyalahkan orang lain kerana merasakan dirinya tidak akan melakukan kesilapan.. Keadaan yang berlaku di Karah membuktikan bahawa kewujudan makhluk halus dan gangguan histeria yang terjadi pada rakan-rakannya telah membuka matanya.. Ternyata, Biey sangat penakut orangnya..

Faiz Al-Junid 

Sam  - Seorang yang berani dalam menghadapi apa-apa keadaan namun tetap wujud sikap berhati hati dan berjaga jaga dalam dirinya,Sam juga seorang yang tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran,berteman rapat dengan Arman dan Haziq yang dikenalinya semenjak dari semester 1 ,serta Zara yang dikenali sejak di bangku sekolah,dan kehadiran Biey mengukuhkan lagi semangat setia kawan yang dipegang oleh Sam dan rakan-rakannya, minat Sam terhadap kamera rakaman telah mengubah kehidupannya,apabila kamera tersebut mula merakam entiti yang tidak diketahui..

Meer Ifwat 

Arman - Seorang yang sempoi, berjiwa hip hop, dan juga percaya akan kewujudan benda-benda mistik dan tahyul. Arman juga seorang yang rajin menceriakan suasana. Arman tidak gemar untuk bergaduh dan sering menjadi orang tengah. Menenangkan keadaan yang tegang dan masih juga berkawan rapat dengan Sam dan Haziq.

Nazarul Hafiz 



Zaza Zaraa
Zara - Seorang yang penakut dan agak pendiam. Hanya mengiyakan apa sahaja yang dikatakan oleh rakan-rakannya. Pada masa yang sama, seorang yang terlalu mempercayai kewujudan makhluk lain di sekelilingnya.

Saturday 19 May 2012

Poster dan Tiket






Sinopsis

Kisah 5 sahabat Sam, Biey, Arman, Zarra, dan Haziq terpaksa pulang ke kampus pada cuti semester untuk siapkan tugasan terakhir mereka sebelum mereka tamat belajar. Tugasan yang mereka lakukan di Bilik Karah itu adalah persetujuan daripada mereka sendiri. Mereka berlima menyiapkan tugasan hingga larut malam. Sewaktu membuat tugasan itu pelbagai gangguan misteri mereka alami seperti penampakan kelibat wanita yang mati lemas yang pernah menjadi sejarah di UiTM Dungun pada 80an, kesan bunyi tapak kaki dan banyak lagi. Gangguan misteri tersebut adalah kisah benar yang kami ambil dari pelajar pelajar UiTM Dungun yang pernah diganggu di kawasan KaraH itu. Persoalannya, apakah gangguan itu benar benar berlaku atau hanya cerita kosong? Apa terjadi kepada lima sahabat itu? Apa kesudahan cerita KaraH? Nantikan filem KaraH...